30 December 2016

Permandangan Cantik dan Aktiviti Menarik di Taman Tasik Sejong.Tips Melancong Ke Bandar Sejong Korea Selatan

Ketika post ini ditulis, musim winter berada pada fasa pertengahan. Sekarang adalah waktu yang sesuai untuk bermain salji dan juga aktiviti memancing di bawah permukaan ais di Pyeongchang Ice fishing festival di daerah Gangwon.

Untuk pengetahuan subscriber ebook Han Guk Jib Siri 1, kami telah menambah informasi yang amat berguna di bahagian Apps, iaitu berkenaan penggunaan Apps Halal Korea yang memudahkan muslim memilih makanan di kedai-kedai serbaneka di Korea Selatan.



Berbalik kepada topik kali ini iaitu Bandar Sejong. Jika anda berkesempatan untuk ke Sebelah Barat Korea Selatan, salah satu destinasi yang mesti pergi ialah Bandar Sejong. Bandar Sejong adalah sebuah bandar baru kecil dan terancang. Ia juga merupakan bandar pentadbiran Korea Selatan. Susunan bangunan di sini tidak jauh beza seperti di Putrajaya, Malaysia. Bandar ini tidak ramai penduduk dan sinibina dan susunan bangunannya sangat kemas dan teratur.

Mesin Automatik basikal sewa 

Bandar Sejong juga merupakan 'Solar City' di Korea di mana penggunaan teknologi solar digunakan secara meluas di merata tempat seperti bumbung tempat letak kereta, tiang lampu, lampu highway dan banyak lagi.

 Solar Panel dipasang di sepanjang highway

Solar panel dipasang di bumbung tempat letak kereta

Sewaktu dalam perjalanan kami dari Daejon ke Seoul, kami singgah sebentar di bandar Sejong untuk melihat suasana bandar Sejong. Destinasi utama yang sempat kami singgah sebelum hari gelap ialah shopping mall dan juga Sejong Lake.

Sejong Lake 세종호수공원

Address:
세종특별자치시 연기면 세종리
Sejong-ni Yeongimyeon, Sejong
Coordinate: 36.495900, 127.272620
Phone: 044-866-1753
* masukkan no phone pada GPS kereta jika menggunakan kereta sewa

Apa yang menarik di tasik ini terdapat kolam air mainan kanak-kanak. Kebiasaanya kolam seperti ini hanya beroperasi pada musim panas (summer). Kelihatan kanak-kanak seronok bermain air manakala ibu bapa bersantai di tepi tasik sambil memantau anak mereka. Di sini juga terdapat pantai pasir buatan di pinggir tasik Sejong dan kanak-kanak seronok bermain pasir. Kami singgah di Taman Tasik Sejong hanya beberapa jam sahaja sebelum bergerak ke Seoul untuk destinasi seterusnya.






Hari pun dah gelap so kami bertolak ke destinasi seterusnya, Seoul. Nantikan post akan datang iaitu destinasi menarik waktu malam di Seoul dan Destinasi Pelancongan yang mesti pergi di Daegu. Subscribe blog jimatmelancong.com untuk mendapatkan update terbaru. .

17 December 2016

Melancong ke Bandar Gwangju Korea Selatan. Gwangju Family Land Taman Tema Kanak-Kanak Yang Masih Wujud di Gwangju Korea Selatan

Bandar Gwangju merupakan salah satu daripada bandar-bandar terancang di Korea Selatan. Terletak bersebelahan dengan bandar Jeonju. Dari Seoul, anda perlu drive sejauh 300 km ke arah Selatan dan dari Busan pula sejauh 270 km ke arah Barat. Di Bandar Gwangju terdapat subway tetapi tidak se-kompleks seperti di seoul dan busan. Hanya 1 line sahaja dan yang lain masih lagi under construction. Bandar Gwangju boleh diakses menggunakan perkhidmatan keretapi laju KTX dari Seoul Station ke Gwangju Seongjeong Station 광주송정.


Trip kami ke Gwangju cuma 1 hari sehaja memandangkan plan kami ke Gwangju sebenarnya mahu membawa anak kecil kami bersuka-ria di taman tema 'Gwangju Family Land'.Kami tiba di Gwangju agak lewat dan terus ke city centre untuk cari makan malam. 

Setelah makan kami jalan-jalan di street sekitar dan melihat suasana sekeliling sebelum Check in di Prince Motel Gwangju. Hotel ditempah menggunakan Agoda. Klik link ini untuk melihat hotel murah sekitar Gwangju.

Bilik di Prince Motel

Keesokan paginya selepas checkout, bertolak ke Jeonnam University 전남대학교 untuk makan tengahari. Kami pilih kawasan university kerana kebiasannya harga makanan di sekitar university murah kerana pelanggan utamanya adalah pelajar. Ini merupakan salah satu tips berjimat ketika kami backpack di Korea.

Nakji Deopbap

Chamchi Kimbap


Berikut adalah beberapa tempat yang kami lawati ketika berada di Gwangju, Korea Selatan.

1. Jung Ang Street 중앙로 160 번길

Merupakan shopping street yang besar. Terdapat pelbagai kedai termasuk pakaian, kosmetik dan makanan. Ketika berada di Gwangju kami singgah makan di Yoogane 유가네. Kelihatan ramai Foreigner dan student di bandar Gwangju dan kebanyakan mereka boleh bertutur bahasa inggeris. Subway station terdekat ialah 'Culture Complex' 문화전당역.


2. Asia Culture Centre 국립아시아문화전당

Terletak di Subway station 'Culture Complex' 문화전당역. Merupakan dataran berhadapan bangunan Asia Culture Centre. Terdapat Air pancut berwarna warni dan ramai anak-anak muda bermain skate board di sini.



3. Gwangju Family Land 광주패밀리랜드

Taman tema khas untuk kanak-kanak. Taman tema ini agak lama dan kelihatan old-school. Kebanyakan mesin dan alat-alat di taman ini adalah teknologi zaman 80 an. taman tema ini kelihatan seakan-akan tidak beroperasi dan tidak ramai orang berkunjung ke sini. Ada kawasan yang telah ditutup dan ada pula sedang di ubah suai. Walaubagaimanapun, memandangkan tak ramai orang ke sini, kami sekeluarga enjoy tak perlu beratur panjang dan boleh main mainan unlimited sampai puas. Kami beli 1 day pass untuk si kecil pada harga 18,000 KRW. Dalam taman ini terdapat juga Waterpark dan juga Zoo.













4. Masjid Umar Bin Khattab, Gwangju 우마르 빈 카탑 성원

Address: 
284-13, Yangsan-Dong, Buk-Gu, Gwangju 
광주 북구 양산동 284-13
Tel: 062-972-5136

Bukan mudah nak jumpa masjid di sebuah negara bukan Islam. Masjid Umar bin Khattab merupakan salah satu masjid utama di Korea. Di sini dijalankan aktiviti dakwah untuk menyebarkan Agama Islam di Gwangju, Korea. Kami di sini singgah untuk melakukan solat jamak dan melawat kawasan sekitar. Berhampiran dengan Masjid, terdapat sebuah taman tasik. Tasik ini dipenuhi dengan bunga teratai dan ramai orang korea bersantai di sepanjang tasik ini yang turut disediakan pondok rehat dan track jogging.




Itu sajaha yang sempat kami lawati ketika berada di Gwangju. Sebenarnya terdapat beberapa lagi tempat menarik, cuma kami tidak mempunyai masa sahaja. Jika anda yang ke Gwangju dan melawat tempat-tempat menarik selain yang disenaraikan di atas ini, sila kongsikan di ruangan komen untuk pembaca yang lain.

Suko haseyo dan Salam

22 November 2016

5 Tips Penting Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Datang Ke Everland Seoul





Everland merupakan themepark yang terbesar di Korea. kerana faktor saiznya dan keadaan bentuk muka bumi yang berbukit, untuk menghabiskan lawatan ke seluruh taman tema ini memerlukan semangat yang kental. Kebiasaanya seseorang akan kecewa kerana tidak sempat menghabiskan lawatan dalam masa 1 hari kerana kegagalan untuk merancang awal sebelum datang. Jadi saya kongsikan sedikit agar pembaca lebih bersedia sebelum ke Everland.

1. Roller Coaster T-Express

Jika ke Everland jangan lepaskan peluang untuk menaiki Roller Coaster popular  T-Express. Roller coaster unik dengan landasan yang panjang dan diperbuat dari kayu sahaja. Rasa tidak lengkap sekiranya tidak menaiki Roller Coaster ini jika anda ke Everland. Namun, disebabkan terlalu ramai orang yang ingin menaikinya menyebabkan anda perlu beratur panjang untuk menunggu giliran. Tempoh menunggu boleh mencapai sehingga 3 jam lamanya!



Sebelum ke Everland, study sedikit kedudukan T-express. Apabila masuk di pintu utama  Everland, terus menuju ke T-Express. Abaikan permainan lain terlebih dahulu. Situasi normal apabila seseorang masuk ke Everland, pasti dia akan melalui T-Express pada bahagian akhir lawatannya. Strategi yang baik ialah pilih jalan secara terbalik (reverse course).

2. Musolla / Muslim Prayer Room


Di Everland terdapat bilik solat yang terletak hanya berhampiran dengan T-Express. Terima Kasih kepada pihak Everland yang memudahkan umat Islam menunaikan solat sambil berhibur di sini. Jadi tidak perlu pening kepala kerana tempat solat telah pun disediakan.







3. Weather Forecast

Yang ini paling penting. Pastikan anda mengkaji weather forecast beberapa hari sebelum ke Everland terlebih dahulu. Jika hari yang anda plan untuk ke Everland akan hujan, tukar plan pergi ke hari lain. Banyak permainan tidak beroperasi jika hari hujan atas faktor keselamatan. Rugi sahaja jika bayaran tiket yang agak mahal tetapi tidak puas kerana tidak dapat enjoy semua rides.


4. Elakkan pada Hujung Minggu

Jika boleh, plan ke Everland pada hari bekerja iaitu hari Isnin hingga Jumaat. Pastikan anda keluar dari hotel se-awal yang mungkin dan pulang se-lewat yang mungkin untuk pastikan bayaran harga tiket masuk berbaloi.





5. Potongan Harga bagi pelancong asing

Pelancong asing akan diberi diskaun yang agak tinggi untuk tiket masuk ke Everland. Pastikan anda bawa passport bersama untuk dapatkan diskaun tersebut di kaunter bayaran tiket.





Lawatan kami yang lepas adalah pada pertengahan musim luruh tahun 2015. Pada waktu ini cuaca dan suhu agak bagus iaitu sekitar 10C ke 18C dan tempoh siang agak pendek kerana hari mula gelap pada pukul 5.30 petang. kelebihan pada waktu ini ialah anda akan sempat merasai pengalaman pertunjukan lampu di sebelah malam lebih awal.

Selamat bercuti ke Everland, Korea.

Jika ada tips tambahan lain yang ingin dikongsikan,
jangan lupa isikannya diruangan komen dibawah.